Wednesday, January 30, 2008

PENTAS OPERA : Kematangan KUBAS dalam memilih naskhah

Photobucket
Para pelakon Pentas Opera

Kumpulan teater amatur di Malaysia seringkali memilih naskhah yang agak ringan untuk dibawa ke atas pentas. Bukan kerana tidak mampu, tapi kekurangan simpanan naskhah (bank skrip) untuk dinilai. Terjadilah pengulangan teater kerusi, mayat, penunggu pusaka, pasrah dan beberapa skrip yang begitu kita kenali.

Free Image Hosting
Noor Mazieyane Mazlan sebagai Rubi

KEKKWA telah mengambil satu langkah yang tepat di dalam konteks Festival Teater Malaysia apabila melarang penggunaan skrip yang telah menjadi johan Festival Teater. Dengan ini, kuranglah pengulangan penggunaan skrip dan peniruan semula idea yang lalu. Secara tidak langsung membuatkan kumpulan-kumpulan teater seluruh negara berusaha lebih sama ada mencari naskhah yang bermutu untuk diangkat atau mewujudkan naskhah-naskhah baru mengikut peredaran zaman dan peradaban manusia itu sendiri.

Free Image Hosting
Ismadi Ismail sebagai Nasarudin Syah

KUBAS juga mengalami dilema yang sama apabila tidak mempunyai bank skrip. Sayang sekali apabila skrip-skrip yang pernah dipentaskan KUBAS juga merupakan skrip favourite penggiat teater seluruh Malaysia. Maka terpaksalah KUBAS mewujudkan beberapa skrip sendiri seperti Hujan Gerimis (adaptasi dari skrip Allahyarham Affrini Adham), Puteri Saerah (1 & 2), Al-Kisah (1-3), Pelaris Pak Lang dan banyak lagi.

Free Image Hosting
Mohamad Shakir menyerlah sebagai Osman Bombay

Mujurlah KUBAS memiliki panel skripnya sendiri yang terdiri dari Ruhie Isma, Adib Hamsyari, Rohizam Noor, Aznida Nur, Halim Yaacob dan Farizal Abdul Rahman. Mereka inilah yang membantu dalam penghasilan dan memperhalusi skrip yang ditulis oleh ahli-ahli KUBAS sendiri.
Free Image Hosting
Ina, pendatang baru yang menyengat dalam KUBAS

KUBAS juga sering meminta bantuan dari sahabat-sahabat KUBAS di ASWARA, UiTM dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Maka dapatlah KUBAS menambah tiga lagi naskhah dalam simpanan iaitu PENTAS OPERA, LAWYER DAHALAN dan SALEHUDDIN AL-AYUBBI. Buat permulaan, KUBAS mencuba PENTAS OPERA karya Zakaria Ariffin. Terima kasih kepada Mohd Hairi Safwan (ASWARA), Mazlan Tomato (ASWARA) dan Al-Ustaz Fadzil (AL-AZHAR) di atas sumbangan skrip-skrip tersebut.

PENTAS OPERA menguji kemampuan KUBAS dari segi pemain dan set. Apatah lagi pengarahannya yang perlu penelitian yang tinggi. Adib Hamsyari benar-benar tercabar apabila beliau dibekalkan dengan pemain-pemain yang 90% baru dalam teater. Bayangkan setiap malam beliau seperti seorang Sarjan Mejar tentera. Terpekik terlolong memberi arahan. Sehinggalah pada satu hari temperature beliau memuncak dan akhirnya meletup! Barulah segalanya berjalan dengan lancar.

PENTAS OPERA dipentaskan sehari sebelum pementasan KAIN BENDERA KAIN di taman Budaya Negeri Kedah Darul Aman. Sambutan penonton yang hadir amat memuaskan memandangkan naskhah ini terlalu jarang dipentaskan di Kedah Darul Aman.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Saya Nizam Shah dari negeri Kedah. Kini sedang menuntut di UPM Serdang. Saya adalah peminat teater dan merupakan ahli Persatuan Teater Sejagat UPM (PENTAS).

Di UPM ada festival teater inter-kolej atau FESTIK. So, banyak la skrip teater yang kami pinjam dari DBP dan penggiat2 teater di kawasan Kuala Lumpur & Selangor.

So, kalau KUBAS ketandusan skrip teater, saya sedia menyumbang seberapa. Maklum la anak Kedah kena la tolong orang2 Kedah gak kan..hehe..

So, kalau nak, bleh contact saya:

Nizam @ Nezz
http://www.friendster.com/nezzlicious
0125817433

seniman_nunui said...

Boleh tak kalau bawak balik skrip yang ada bila cuti nanti. Contact saya 0194962868 (saiful)