Monday, March 10, 2008

KEDAH DITAWAN: Apa nasib penggiat seni Kedah Darul Aman?



Oleh kerana bimbangkan keadaan akan panas kalau-kalau ada pihak pembangkang membaca post ini, maka aku padamkan dulu. Hehehehe... Jaga badan beb!

MELAYU MUDAH LUPA 2

Sebenarnya kita sering terlupa
hakikat kedaulatan bangsa
alpa dalam memelihara
keagungan warisan kita
sejarah sememangnya guru
mengajar mengingat kita
bahawa kita pernah agung
bahawa kita pernah tewas
dalam percaturan membina negara bangsa
dan kita tidak pernah mahu belajar dari sejarah.


Hari ini
kita tewas lagi
kerana marahkan nyamuk
kita bakar kelambu dewangga
kita bakar istana paduka
segalanya kini menjadi tunggul-tunggul hitam
ranap lambang kedaulatan bangsa
tercalar daulat yang sekian lama terpelihara
dipangkas oleh tangan-tangan sendiri.


Airmata darahpun enggan mengalir lagi
sebak sendu sudah tidak bererti
kini kita mengulang kembali
cerita lara Pandir dan Kaduk
menang sorak kampung tergadai
kera di hutan disusukan
anak di pangku mati kehausan
Qua Vadis bangsaku.



RUHIE ISMA.
100308

13 comments:

crunchyahcock said...

aku rasa kalau 'diorg' haramkan... maka akan 'tutup'lah taman budaya dan apa akan jadi bila orang x boleh berkarya dgn persembahan??? apa nasib kita anak bangsawan..??
apa mungkin dapat kita elak dajal rempit melahirkan anak setan??

Butaseni@Wan Raja said...

aku rasa still ok dari penang.senang saja,banyakkan show nasyid.sambil tu sulam dengan teater hampa.ni penang ni depa control nampak gayanya kami kena belajaq main chinggey lah lepaih ni huhuhu

seniman_nunui said...

Entahlah...Aku pun x faham dengan PAS ni. Apa yang mereka perjuangkan, apa yang mereka mahu dan apa yang membuatkan ada segelintir rakyat mahukan mereka sebagai pemimpin. Kekotoran berlaku di mana-mana sahaja. Bukan sahaja dalam UMNO atau Barisan Nasional malah dalam PAS juga. Jika mereka mengatakan kerajaan pimpinan PAS berjaya menghapuskan gejala sosial, mereka salah! Maaf orang Kelantan yang membaca luahan ini. Kelantan juga mencatat kes gejala sosial yang tinggi. Dalam PC kawan aku, tak kurang dari 20 klip video perlakuan seksual yang dirakam oleh remaja di Kelantan. Dah masuk dalam akhbar pun.

Kalau PAS mengatakan mereka memperjuangkan Islam, renungkan betul2. Dulu ya. Sekarang mereka sudah mula membuka pintu untuk orang bukan Islam untuk turut sama di dalam perjuangan parti. Aku petik satu artikel yang ditulis oleh Ibnu Hasyim (IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hj Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama)

"Dalam persidangan yang dihadiri PAS (National Convention) itu, PAS membantah dasar Jus Soli. Jus Soli adalah satu dasar meluluskan sebarang bangsa asing yang dilahirkan di Malaya menjadi pengundi dalam pilihan raya, atau sebarang bangsa asing yang tidak lahir di Malaya, tetapi tinggal di Malaya selama 5 tahun.
Dikatakan juga:

“Persidangan ini memperlihatkan pertentangan dan perbedaan yang nyata antara PAS dan UMNO. Terutama dalam masalah hak mengundi. Muhammad Hanif tidak bersetuju dengan langkah pemperluaskan kelayakan hak mengundi. Menurutnya, rakyat bukan warganegara federal tidak boleh dijamin kesetiaannya. Hak mengundi hendaklah diberikan kepada rakyat raja-raja Melayu dan warganegara persekutuan sahaja."

rujukan :http://ibnuhasyim.blogspot.com/2007/08/sejarah-pas-siri-5.html

Tapi sekarang kita dapat lihat, ramai pengundi bukan Islam yang mengundi PAS di Kedah kerana manifesto PAS yang menarik minat mereka. Macam mana tu? Sekarang pula apabila DAP turut memenangi satu kerusi dan PKR memenangi 4 kerusi di Kedah, kita perlu faham PKR tidak memperjuangkan dasar Islam dan diwakili oleh orang bukan Islam di sesetengah tempat. Apatah lagi DAP. Sekarang PKR & DAP menuntut hak mereka untuk menyertai kepimpinan kerajaan negeri. Mahu atau tidak terpaksa PAS menyerahkan hak DAP & PKR untuk membentuk sebuah kerajaan. Bila mereka mula berkuasa, maka ramailah bangsa Melayu akan kerugian akibat kealpaan sendiri. Ruang untuk bukan Melayu sudah terbuka untuk memimpin kerajaan. bayangkan dalam masa sepuluh tahun lagi jika keadaan ini berterusan dan berkembang. Dalam tidak sedar, kita sedang dijajah semula.

Aku bukanlah pro Barisan Nasional ataupun pembangkang. Tapi aku sayangkan bangsaku sendiri. Aku tak mahu kita terpaksa bergolok berparang sekali lagi untuk menuntut hak di tanah sendiri. Bukan itu cara kita. Kalau dalam masa lima tahun ini kita dapat lihat kesan negatif, maka apa yang aku luahkan ini mungkin jadi kenyataan.

"MELAYU HANYA TINGGAL KERIS"

crunchyahcock said...

politik... nak komen banyak acely tapi kita jgn buat blog ni sebagai medannya (takut ada yg monitor)... aku punya komen pun melambak nak aku taip. sokong dgn seniman nunui... sebelum ni mereka hanya pandai cakap.. so sekarang dah dapat,apalagi.. ketaq lutut la tu sebab cakap mmg senang tapi nak laksanakan tu bley ka?

kepimpinan kena start dari dalam.. (xkira diri sendri atau parti) lepas tu baru kembangkan... mmg gila kuasa la depa nih!!

Pegawai Khalwat said...

Pak Morad tak kata apa-apa ka?

tegezoot said...

Pak Morad akan jawab camni,

"Aspek2 teknikal"(baju takyah pakai darah sebab takdak org nak basuh utk show malam kedua)

Apapun kita akan menjawab kpd siapa yg kita pilih diakhirat depan Allah kelak. Dari itu...

Takbir!!!

crunchyahcock said...

masih sibuk????

crunchyahcock said...

x der entry baru ke...

The Island of NAMOYAKI, said...

Salam,

Salam hormat dan salam ramadhon.

Tumpang lalu, baru nak mula tulis kat Blog. Nak jadi Bloggers Jugakkk.. Buleh noo?

Apa habaq?

ZUL RAHMAN

Pentas Teater JSBN said...

KUBAS:

Assalamualaikum,

Mohon jasa baik untuk link Blog anda kpd Blog kami. Untuk rujukan kpd jurulatih ler.. takder mender lain doh.. :)

Kalau ada apa-apa persembahan, minta tolong untuk hantarkan maklumat kepada kami bolehh...?
;) (sambil kejip mata)
Bolehh lerr...

Terima kasih.
P.T

- Kalau ada masa, jemputlah datang ke Blog kami.

Nazli Asyraf said...

Aku pun heran dgan Pas ni,Dulu dgan la sama saja...takda pa perubahan cuma, semua aktiviti lani tak semeriah dulu..Dulu lagi best...
Harap2 lima tahun lagi tukaq kerajan lama plak la...huhu





-www.nazliasyraf.co.cc-

jinggo said...

oi....
apa projek yang terbaru.......

puteri_cekak said...

jemput..jemputtt