photo courtesy of : doone (kubas.fotopages.com)Percutian memang menyeronokkan. Apatah lagi bila bercuti beramai-ramai bersama sahabat handai dan lebih menarik lagi ahli-ahli persatuan kita sendiri. Lebih ramai, lebih menarik. Tambahan pula destinasi percutian merupakan tempat peranginan kelas satu atau kelas dua. Lengkap dengan prasarana seperti kolam renang, pantai, tasik, air terjun, sungai,
barbeque spot, karaoke, bilik hotel yang
first class dan senario yang menarik untuk bergambar.
Senario matahri terbenam dari jendela chaletTak kurang juga yang memilih
style perkhemahan. Destinasi pilihan adalah gunung-ganang, bukit-bukau, hutan tropika dan ada juga halaman rumah kengkawan. Tak kisahlah. Janji
camping.Satu masa dulu kami diberi kesempatan untuk bercuti bersama KUBAS di Anjung Pedu Lake Resort. Mulanya malas juga nak turut serta kerana KUBAS akan mengadakan mesyuarat agung mereka semasa percutian itu. Tap memandangkan mereka cuma mengenakan caj bayaran sebanyak RM 15.00, kami bersetuju.
Pengerusi dan bendahari sedang merenung nasib diri.Ada dua tiga orang ahli AKRAB dan Badan Kesenian Negeri Kedah turut serta. Ada unsur positif yang ditunjukkan oleh KUBAS dengan menjemput beberapa persatuan lain menyertai percutian anjuran mereka. Sekurangnya dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penggiat seni.
Antara shot terbaik dari penulisProgram yang diadakan oleh KUBAS agak menarik. Setibanya kami di lokasi, minuman selamat datang sudah menanti. Tidak lama selepas kami check in ke dalam bilik, makan tengahari pun tersedia. Menunya, wow! Sedap giler! Selepas makan tengahari, KUBAS memulakan mesyuarat agungnya dan kami terus berkubang di dalam kolam renang.
Ahli dan bekas ahli KUBAS selepas mesyuarat agungPada sebelah malamnya, acara
barbeque. Makanan banyak ayam, daging, ikan macam jenis, kentang bakar, salad, macam-macam ada! Habis makan acara
karaoke sampai pukul 2 pagi. Nyanyi sakan sampai ada hilang suara. Puas giler!! Ada juga yang gile mic.
Besok paginya diadakan acara sukaneka. Kami dibahagi kepada 3 kumpulan. Semua wajib serta tak kira tua muda. Yang paling best main bola baling dalam air. Teruk juga nak berlari dalam kolam renang. Yang mana kecil tu habis le kena buli je dengan yang besar.
Apa pun percutian ini memang menyeronokkan, puas dan letih. Terima kasih kepada KUBAS. Ternyata KUBAS mampu mengadakan program percutian bertaraf
high class. Inilah yang seharus dicontohi oleh semua NGO tidak kira dalam bidang kesenian ataupun bidang lain. Persatuan harus memainkan peranan penting dalam mengekalkan ahli dan dalam masa yang sama membuatkan ahli merasa sayang kepada persatuan. Tabik kepada saudara Farizal (bendahari KUBAS) kerana menguruskan kewangan KUBAS dengan begitu baik hingga tidak perlu untuk mengutip yuran penyertaan yang terlalu tinggi untuk kami menyertai percutian KUBAS.