Monday, February 11, 2008

UJIBAKAT : Usaha Faiz Talent Management bersama KUBAS untuk memperjuangkan bakat tempatan

Free Image Hosting
Panel penilai sedang mentertawakan peserta yang memang hampeh!

Pada 8 dan 9 Mac 2008 lalu, satu ujibakat bersama Faiz Talent Management (FTM) telah diadakan di Taman Budaya Negeri Kedah. Ramai bakat-bakat teater yang hadir untuk menyertai ujibakat untuk mencari pelakon bagi menjayakan sebuah drama terbitan ASTRO arahan Afdlin Shauki.

Free Image Hosting
Peserta sedang berbincang

Para penggiat teater negeri Kedah tidak ketinggalan untuk menyertai ujibakat tersebut. Namun saya sedikit hampa kerana ada beberapa aktivis yang tidak menyerlah dalam lakonan layar. Walaupun di pentas mereka gemilang , namun teknik lakonan layar adalah terlalu mencabar bagi mereka. Apapun bukan semua yang tidak layak. Cuma sebilangan.

Free Image Hosting
Orang kuat KUBAS turut membantu

Rasanya jika FTM sering mengadakan sesi ujibakat di Kedah, ramai lagi yang akan turut serta kerana pada tarikh itu ramai yang bercuti di luar Kedah sempena Tahun Baru Cina. Mungkin pada masa hadapan KUBAS dan FTM dapat bekerjasama lagi.

Free Image Hosting
Otai lawak KUBAS turut menghadiri ujibakat.

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada FTM kerana menjalankan usaha yang murni untuk memperjuangkan dan menjaga kredibiliti aktivis teater Utara dalam bidang perfileman.

6 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ha ha... dengar kata Pak Lang berjaya membuatkan panel pecah perut gelak.

Ha ha ha....

butaseni said...

salam,
mana ada mentertawakan.ketawa dengan pak lang tu adalah.
apa pun aku memang respek youth development di kedah.banyak gila pelapis dan ibubapa bagi depa full support.mmg respek.

seniman_nunui said...

tajuk gambar tu gimik ja.

orang kampung said...

syabas KUBAS...usaha anda amat dihargai. teruskan berjuang. Kita belum berpeluang bersuara dipentas parlimen, kesempatan bersuara di auditorium terpencil bukan lah suara dihujung telinga...suara kita masih mampu didengari dunia, biarpun terpencil.

anjang bukan ranjang.

crunchyahcock said...

susah nak dapat bebudak lapis baru yg minat teater nih.. kalu ada kita kena didik lek lok sebab mereka la yg bakal ganti.. x gitu??

Pentas Teater JSBN said...

"Selamat Datang!" - "Welcome Home!"
Salam Hormat - Sekapur Sireh

Hidup Bersama
Kita sudah sampai di lereng amat indah,
di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh.
Dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita
kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.
-A. Samad Said


"SELAMAT DATANG! - WELCOME HOME!"

P.T mengucapkan Selamat Datang kepada semua Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN)
ke laman web yang diberi nama: "PentasTeater,JSBN"
di web: http://pentasteaterjsbn.blogspot.com/

Nota:
Sila maklumkan;

Nama Anda:
Nama Pena:
Nama Glamour: (Jika ada, he he he)
Nombor JSBN & Negeri:

Nombor JSBN & Negeri anda adalah yang paling penting sekali.
Sila maklumkan Nombor JSBN dan Negeri seperti yang tertera pada Kad Kuasa anda.
[Contoh: No.JSBN: 0888 Selangor]

Sebarang kemusykilan bolehlah diajukan kepada P.T di e-mail: pentasteaterjsbn@gmail.com

Nota lagi:
Untuk mewujudan laman web "PentasTeaterJSBN" ini,
pihak P.T ada merujuk kepada semua pihak yang berwajib
dan P.T dinasihatkan untuk menggunakannya
secara berhemah dan bijaksana.
Jadi kita MESTI pandai untuk menjaganya
dengan berhemah, bijaksana dan beretika.

Berhemah, Bijaksana & Beretika. Ketiga-tiga Perkara tersebut sudah kuat untuk menjadi Undang-undang Kefahaman atau "Rules & Regulations"
atau "Term & Conditions" kepada "PentasTeater,JSBN" yang kita sayangi.

Salam Hormat.
-P.T

P/s: Tak sabar menanti kehadiran semua Jurulatih Seni Budaya Negara untuk menjenguk-jenguk ke pentas karya kita ini. Weeeeeee....
Selamat datang kepada semua jurulatih!
-P.T